Saturday, October 29, 2016
Ke Arah Kebaikan
Telah 3 dekad lebih aku mengharungi bahtera kehidupan... Ku harap agar jalan hidup ini dipermudahkan Allah dan diberikan kekuatan iman serta manambah amal ketaatan. Memang benar dunia ini diuji dengan kehidupan sementara dan diakhirat nanti adalah tempat pembalasan amal baik dan buruk semasa kita hidup didunia.. Ya Allah .. Selamatkan aku daripada azab neraka.
Wednesday, October 29, 2008

Kita ibarat pengemudi perahu untuk menuju ke suatu destinasi yang mahu tidak mahu kita semua pasti jua akan kesana. Cuma ada dua pilihan sahaja sama ada ke arah kebaikan atau kejahatan. Mudah-mudahan kita dipermudahkan jalan menuju ke syurga. Amien...
perbaiki diri dan peribadi dan menyeru manusia lain bersama jalan menuju hidayah...
Kemana arah kita selepas dibangkitkan dari alam Kubur
"Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah."
Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."
Sekian untuk ingatan kita bersama.
Sunday, October 26, 2008
Sesegar Kehijauan Dedaun
Dalam mengharungi kehidupan ini terkadang kita tersalah membuat pilihan. Namun bukanlah alasan untuk kita terus menyalahkan keadaan kerana perlunya ada satu inisiatif dari dalam diri untuk memulakan satu perubahan dalam menuju ke arah peningkatan kualiti diri untuk menjadi khairun nas iaitu sebaik-baik manusia. Perlunya ada usaha yang beristiqamah yang dapat memacu kita di atas landasan perjuangan yang benar. Kebenaran itu adalah merupakan satu kebaikan yang kadangkala nampak sukar dan penuh dengan ranjau berduri. Walaupun kita melihat kebenaran itu seoalah-olah lemah dan terpingir namun suatu ketuka nanti ia akan menyerlah sehingga menenggelamkan kebatilan kerana kebatilan walau sehebat mana pun ia pasti akan lenyap. Apakah matlamat asal kita didatangkan ke dunia ini? Mungkin ada yang terlupa peranan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah di atas muka bumi ini. Harus diingat kita hanya musafir yang didatangkan sementara untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Persiapkanlah dengan sebaik bekalan iaitu taqwa.
Subscribe to:
Posts (Atom)