Sunday, October 26, 2008

Sesegar Kehijauan Dedaun

Dalam mengharungi kehidupan ini terkadang kita tersalah membuat pilihan. Namun bukanlah alasan untuk kita terus menyalahkan keadaan kerana perlunya ada satu inisiatif dari dalam diri untuk memulakan satu perubahan dalam menuju ke arah peningkatan kualiti diri untuk menjadi khairun nas iaitu sebaik-baik manusia. Perlunya ada usaha yang beristiqamah yang dapat memacu kita di atas landasan perjuangan yang benar. Kebenaran itu adalah merupakan satu kebaikan yang kadangkala nampak sukar dan penuh dengan ranjau berduri. Walaupun kita melihat kebenaran itu seoalah-olah lemah dan terpingir namun suatu ketuka nanti ia akan menyerlah sehingga menenggelamkan kebatilan kerana kebatilan walau sehebat mana pun ia pasti akan lenyap. Apakah matlamat asal kita didatangkan ke dunia ini? Mungkin ada yang terlupa peranan dan tanggungjawab kita sebagai khalifah untuk mengabdikan diri kepada Allah di atas muka bumi ini. Harus diingat kita hanya musafir yang didatangkan sementara untuk mengumpul bekalan untuk dibawa ke sana nanti. Persiapkanlah dengan sebaik bekalan iaitu taqwa.

1 comment:

Asmawi said...

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.